09 Disember 2015

Memasang Perisian Fritzing pada Windows 7

      Fritzing adalah perisian elektronik yang popular dikalangan pengguna Arduino dan Raspberry Pi. Ianya amat mudah digunakan dan sepenuhnya percuma.
      Untuk menggunakan perisian Fritzing pada Windows 7,

1. Download perisian Fritzing untuk Windows dari sini, http://fritzing.org/download/.  Kemudian klik pada link version terbaru.

2. Ekstrak zip file menggunakan Winzip ataupun Winrar ataupun lain-lain perisian unzip.

3. Letakkan folder yang telah diekstrak dimana-mana lokasi yang sesuai. Sebagai contoh didalam folder C:/Program Files/
Kemudian boleh jalankan terus Fritzing dengan klik pada file Fritzing.exe. Adalah lebih baik buatkan shortcut ke desktop dan jalankan dari desktop sahaja.


Contoh-contoh screenshot Fritzing yang sedang dijalankan.

1. Contoh pendawaian Raspberry Pi ke 16x2 LCD oleh penulis.

2. Contoh projek pendawaian Arduino yang terdapat didalam perisian Fritzing.

3. Contoh litar skema Arduino yang terdapat didalam perisian Fritzing.

4. Contoh susun atur PCB Arduino yang terdapat didalam perisian Fritzing.


    Apabila kita membuat pendawaian di Fritzing, litar skema dan susun atur juga akan dibina secara automatik merujuk kepada pendawaian. Kemudian kita boleh mengubah susun atur PCB mengikut kesesuaian yang kita ingini.
    Jika ada apa-apa soalan tentang perisian Fritzing boleh dikemukakan pada ruangan komen.

08 Februari 2015

Apa itu NFC?

   NFC adalah singkatan kepada Near Field Communication. Fungsinya adalah lebih kurang sama dengan Bluetooth, tetapi ianya hanya boleh disambung (connect) dari jarak yang lebih dekat. Kurang daripada 10 cm. Ataupun alatan harus bersentuhan untuk disambung(connected). Berbeza dengan Bluetooth yang boleh disambung dalam jarak lebih kurang 10 ke 100 meter.
   NFC akan digunakan dengan meluas dalam masa terdekat terutama didalam telefon mudah alih(handphone). Sebagai contoh, dengan menggunakan teknologi NFC, sesuatu tetapan(setting) ditelefon sebagai contoh tema, boleh diubah dengan cara menyentuh sahaja telefon kepada alat yang telah diprogram dan tetapannya akan bertukar mengikut pilihan.
   Untuk speaker yang ada teknologi NFC, telefon mudah alih hanya perlu disentuh ke speaker dan mereka akan bersambung(connected). Bunyi dari telefon boleh terus didengari di speaker yang telah disentuh dengan telefon itu.
   Lebih baik dari Bluetooth, hanya alatan yang bersentuhan sahaja boleh bersambung(connected). Ini dapat mengelakkan sambungan dari alatan yang tidak diketahui seperti telefon, alat cetak atau lain-lain lagi kepunyaan orang lain.
   Begitulah serba sedikit secara ringkasnya tentang teknologi NFC.

Logo NFC (ihsan dari Wikipedia).








 
Alatan yang terdapat logo ini telah dipasang teknologi NFC.