15 Mac 2024

Winamp pada Raspberry Pi?

Mungkin ramai yang masih ingat dengan perisian Winamp.

Suatu masa dahulu, bagi peminat musik format mp3 sudah pasti akan menggunakan Winamp pada PC Windows.

Tapi sekarang Winamp sudah ditamatkan pembangunannya. Jadi ianya tidak lagi disokong oleh Windows yang baru. Kalau tidak silap semenjak Windows 7.

Namun baru-baru ini saya ada terbaca bahawa Winamp dimainkan pada Raspberry Pi.

Ianya artikel di Hackster.io.

Namun ianya hanya palsu. Sebab ianya bukanlah player Winamp tetapi hanya skin Winamp.

Dengan memasang perisian QMMP, kita boleh menggunakan hampir semua skin yang digunakan oleh Winamp.

Saya telah menggunakannya agak lama dahulu, namun agak hairan kenapa ianya baru dihebohkan di Hackster.io.

Apapun jika anda merindui Winamp, anda boleh memasang perisian QMMP samada di Windows ataupun Linux, kemudian memuat turun skin Winamp dan memasangnya.

Berikut tangkapan skrin QMMP yang menggunakan skin Winamp yang saya pasang pada Raspberry Pi.


 

 

 

 

 

Selamat mencuba.

12 Mac 2024

Kolibrios - Sistem operasi saiz terkecil di dunia

Pada pendapat saya, ini adalah sistem operasi yang menggunakan saiz ruang yang paling kecil didunia.

Bahkan kita boleh memasangnya hanya menggunakan pemacu Floppy Disk. Tapi Floppy Disk sudah pupus sekarang. Jadi anda memerlukan pemacu USB walaupun bersaiz paling minimum.

Apa keistimewaan Kolibrios ini?

Ya pada pandangan saya, kita boleh menggunakan komputer yang berspesifikasi lama dengan sistem x86. Jadi boleh digunakan oleh anak-anak yang baru mahu berjinak-jinak dengan komputer. Tanpa risau komputer kita akan rosak kerana tidak ditutup dengan betul. Ini kerana sistem Kolibrios adalah seperti sistem di zaman DOS.

Bagaimana mahu memasang Kolibrios?

Anda boleh memuat turun dari laman web Kolibrios. Dicadangkan supaya memuat turun versi Universal image Flash/HDD.

Secara ringkasnya, penerangan tentang bagaimana mahu memasang Kolibrios terdapat dalam nota teks didalam fail imej zip.

Kolibrios sedang boot.

 

 

 

 

 

 

Desktop Kolibrios

 

 

 

 

 

 

Start Menu Kolibrios


 

 





Terdapat banyak old school game yang dipasang pada Kolibrios. Jadi bagi anak-anak yang baru mahu berjinak-jinak dengan komputer, boleh bermula dengan Kolibrios.

Selamat mencuba.