08 Februari 2015

Apa itu NFC?

   NFC adalah singkatan kepada Near Field Communication. Fungsinya adalah lebih kurang sama dengan Bluetooth, tetapi ianya hanya boleh disambung (connect) dari jarak yang lebih dekat. Kurang daripada 10 cm. Ataupun alatan harus bersentuhan untuk disambung(connected). Berbeza dengan Bluetooth yang boleh disambung dalam jarak lebih kurang 10 ke 100 meter.
   NFC akan digunakan dengan meluas dalam masa terdekat terutama didalam telefon mudah alih(handphone). Sebagai contoh, dengan menggunakan teknologi NFC, sesuatu tetapan(setting) ditelefon sebagai contoh tema, boleh diubah dengan cara menyentuh sahaja telefon kepada alat yang telah diprogram dan tetapannya akan bertukar mengikut pilihan.
   Untuk speaker yang ada teknologi NFC, telefon mudah alih hanya perlu disentuh ke speaker dan mereka akan bersambung(connected). Bunyi dari telefon boleh terus didengari di speaker yang telah disentuh dengan telefon itu.
   Lebih baik dari Bluetooth, hanya alatan yang bersentuhan sahaja boleh bersambung(connected). Ini dapat mengelakkan sambungan dari alatan yang tidak diketahui seperti telefon, alat cetak atau lain-lain lagi kepunyaan orang lain.
   Begitulah serba sedikit secara ringkasnya tentang teknologi NFC.

Logo NFC (ihsan dari Wikipedia).








 
Alatan yang terdapat logo ini telah dipasang teknologi NFC.