11 Mac 2016

Memasang OS Raspbian ke Raspberry Pi

Untuk memasang OS Raspbian atau OS lain ke Raspberry Pi, jika didalam OS Window, kita memerlukan perisian Image Writer. Sebenarnya kita hanya perlu memasang kepada kad SD atau micro SD kemudian terus sahaja dijalankan pada Raspberry Pi. Namun begitu terdapat juga perisian yang memberi kita pilihan untuk memasang OS melalui Raspberry Pi sendiri sebagai contoh NOOBS yang boleh dimuat turun dari laman rasmi Raspberry Pi.
Untuk kali ini kita hanya akan membincangkan cara pemasangan OS terus ke kad SD atau micro SD.
Perisian Image Writer untuk Window boleh dimuat turun dari sini https://sourceforge.net/projects/win32diskimager/. Setelah selesai dimuat turun, pasangkan perisian Image Writer ke Window.
Image Raspbian boleh dimuat turun dari laman web rasmi Raspberry Pi di https://www.raspberrypi.org/downloads/raspbian/.
Berikut adalah langkah-langkah pemasangannya,

Pasangkan kad SD atau micro SD ke PC menggunakan USB Card Reader.
Jalankan perisian Image Writer. Tentukan lokasi dan pilih fail image Raspbian yang telah dimuat turun tadi.
Pilih device (iaitu USB Card Reader yang telah dipasangkan kad SD tadi). Pastikan pilihan device tadi adalah betul kerana kesilapan memilih mungkin akan menyebabkan kita kehilangan data-data penting didalam pilihan device yang salah. Kita boleh memastikan device dengan merujuk kepada My Computer. Sebagai contoh didalam gambar device adalah Removable Disk (G:).
Jika telah pasti, tekan butang Write dan tunggu sehingga Complete.
Tekan butang OK.
Keluarkan kad SD kemudian pasangkan ke Raspberry Pi.
Onkan power ke Raspberry Pi dan tunggu sehingga OS Raspbian selesai proses Boot. Paparan OS Raspbian akan dipaparkan dan anda boleh menggunakannya terus.

02 Mac 2016

Raspberry Pi 3 Telah Dilancarkan


Raspberry Pi 3 telah dilancarkan pada akhir Februari 2016 yang lalu. Model kali ini mempunyai kelajuan pemproses yang lebih daripada model yang sebelumnya Raspberry Pi 2. Antara pembaharuan yang telah ditambahkan kepada Raspberry Pi 3 adalah,

- Pemproses A1.2GHz 64-bit quad-core ARMv8 CPU
- Wireless LAN 802.11n terbina didalam
- Bluetooth 4.0 terbina didalam
- Bluetooth kuasa rendah (BLE)

Seperti Raspberry Pi 2 ia juga dilengkapi kemudahan,

- 4 port USB
- 40 pin GPIO
- port HDMI
- port Ethernet
- kombinasi jack audio dan video komposit
- antaramuka kamera
- antaramuka paparan
- slot kad Mikro SD
- VideoCore IV grafik 3D

Raspberry Pi 3 mempunyai saiz yang sama dengan Raspberry Pi 2. Ia juga boleh menggunakan sistem operasi yang sama dipakai pada Raspberry Pi 2 dan Raspberry Pi 1. Jadi, kad Mikro SD yang telah digunakan pada Raspberry Pi 1 atau Raspberry Pi 2 boleh sahaja dijalankan pada Raspberry Pi 3.
Selain itu harganya juga sama dengan harga Raspberry Pi 2 iaitu lebih kurang RM150. Boleh dibeli secara online dengan mengunjungi pembekal element14 atau rs-online.
Boleh dapatkan lebih info tentang Raspberry Pi 3 dilaman web rasmi mereka https://www.raspberrypi.org/products/raspberry-pi-3-model-b/