Admin

Blog ini saya wujudkan adalah untuk berkongsi pengalaman dalam bidang elektronik didalam Bahasa Malaysia. Ianya juga kerana saya mendapati informasi tentang elektronik didalam Bahasa Malaysia secara online adalah terlalu sedikit. Penglibatan kerja didalam bidang elektronik sedikit sebanyak membantu didalam pembangunan blog ini. Informasi yang diberikan adalah informasi yang agak minima hanya sekadar untuk pembaca memahami serba sedikit tentang Elektronik. Bahasa yang digunakan pula mungkin ada sedikit percampuran dengan Bahasa Inggeris. Ini kerana penulis belajar dan mendalami bidang Elektronik didalam Bahasa Inggeris.

Berkemungkinan informasi disini amat berbeza dengan apa yang dipelajari oleh anda. Jadi diingatkan bahawa informasi disini adalah mengikut pengalaman dan kefahaman penulis. Harapan penulis supaya ianya dapat membantu sedikit sebanyak kefahaman pembaca ataupun pelajar tentang elektronik dan komputer.
 
Semoga blog ini bermanfaat untuk semua. Berkongsi ilmu pasti akan menambahkan lagi ilmu. InsyaAllah.

Pengalaman Penulis.

Bekerja di syarikat elektronik terkemuka Jepun semenjak tahun 1994.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan