Komponen

3. Komponen-komponen Elektronik

3-1) Transformer/Alatubah
Transformer adalah komponen yang digunakan untuk menukarkan voltan elektrik yang dibekalkan dirumah iaitu arus ulang alik 240 Volt kepada arus ulangalik yang lebih rendah mengikut keperluan litar. Biasanya mengikut piawai yang ditetapkan adalah 5, 9, 12, 15, 18 dan 24 volt. Namun terdapat juga transformer yang menukarkan arus ulang alik serendah 1.5 volt atau setinggi 100 volt bergantung kepada keperluan sesuatu litar. Boleh dikatakan semua peralatan elektrik menggunakan transformer didalamnya. Selain dari menukarkan voltan elektrik menjadi rendah transformer juga digunakan untuk menukarkan voltan elektrik rendah kepada lebih tinggi. Sebagai contoh litar didalam televisyen atau LCD menggunakan transformer untuk meninggikan voltan sehingga ke 25 kilo Volt. Voltan yang tinggi diperlukan untuk menyalakan skrin televisyen.
Selain dari itu transformer juga digunakan untuk menukar voltan arus terus menjadi voltan arus ulang alik. Ianya banyak digunakan didalam penguatkuasa audio kereta dan juga pemain audio kereta. Ini kerana bateri kereta hanya membekalkan voltan arus terus 13 volt. Sedangkan penguatkuasa audio memerlukan voltan yang lebih tinggi untuk menghasil bunyi yang baik dan kuat. Oleh itu voltan positif dan negatif adalah diperlukan. Menggunakan transformer adalah penyelesaiannya.

Beberapa Jenis Transformer

1 Step Down Transformer
Step Down Transformer adalah transformer yang boleh mengubah voltan besar kepada voltan kecil.

2 Step Up Transformer
Step Up Transformer adalah transformer yang boleh meninggikan voltan kecil kepada voltan besar.

3 Audio Transformer
Audio Transformer adalah transformer yang digunakan didalam penguatkuasa audio yang mana boleh menukarkan bentuk gelombang audio dan menguatkannya.

3-2) Diode/Diod
Diod adalah komponen elektronik yang akan menukarkan voltan arus ulang alik(AC) kepada voltan arus terus(DC). Boleh dikatakan semua litar peralatan elektronik memerlukan voltan arus terus untuk berfungsi.

Beberapa Jenis Diod

1. Diod Biasa
Diod Biasa adalah diod yang digunakan untuk menukarkan voltan arus ulang-alik kepada voltan arus terus.

2. Diod Zener
Diod Zener adalah diod yang berfungsi untuk menghadkan voltan kepada beberapa volt bergantung kepada spesifikasi Diod Zener itu. Biasanya dicatatkan dibadan Diod Zener itu.

3. Diod Pemancar Cahaya (LED)
Diod Pemancar Cahaya boleh memancarkan cahaya apabila voltan yang sesuai dibekalkan kepadanya. Terdapat dalam beberapa warna dan saiz. Ia berfungsi sebagai penanda. Sebagai contoh, apabila suis sesuatu alat dihidupkan, Diod Pemancar Cahaya akan menyala.

3-3) Kapasitor/Capacitor
Kapasitor adalah komponen yang digunakan untuk menstabilkan voltan arus terus yang asingkan oleh diod. Tanpa kapasitor voltan arus terus adalah sama seperti voltan arus ulang-alik, cuma ia hanya sebelah positif atau negatif sahaja. Oleh itu kapasitor yang mampu menyimpan caj digunakan untuk menyimpan caj voltan yang diasingkan oleh diod sama ada positif ataupun negatif bergantung kepada sesuatu litar bekalan kuasa itu. Disamping itu kapasitor juga berfungsi sebagai penapis frekuensi sama ada tinggi atau rendah juga bergantung kepada sesuatu litar penapis itu. Ia juga digunakan untuk menyekat voltan arus terus yang ada didalam isyarat audio yang boleh menyebabkan herotan (THD) yang tinggi dan mengurangkan kualiti bunyi sesuatu peralatan penguatkuasa audio (audio amplifier).

Beberapa Jenis Kapasitor

1. Kapasitor Elektrolitik

2. Kapasitor Seramik

3. Kapasitor Boleh Laras

3-4) Resistor/Perintang
Resistor ataupun Perintang seperti namanya digunakan sebagai rintangan didalam sesuatu litar. Rintangan yang dimaksudkan adalah rintangan voltan ataupun arus. Ianya akan menyeimbangkan voltan dan arus didalam litar supaya ianya mencukupi untuk menjalankan sesuatu tugas. Ianya boleh dikatakan sama berfungsi kepada litar arus ulang-alik ataupun arus terus. Penerangan tentang sesuatu litar akan lebih memberi kefahaman kepada pembaca mengenai fungsi resistor.

Beberapa Jenis Resistor

1) Resistor karbon

2) Resistor Fius

3) Resistor Boleh Laras

4) Resistor Kumpulan/Rangkaian (Gang/Network Resistor)

3-5) Transistor
Transistor boleh berfungsi sebagai penguatkuasa, suis, penghad voltan, penghad arus dan lain-lain lagi. Transistor termasuk dalam kumpulan komponen aktif dan separuh pengalir. Terdapat dua jenis transistor iaitu NPN dan PNP. Jenis dan fungsi transistor boleh dirujuk kepada spesifikasi melalui nombornya yang boleh dimuatturun daripada laman web pengeluarnya.

3-6) Relay
Relay adalah suis yang boleh dikawal menggunakan voltan yang dibekalkan kepada gegelungnya. Oleh itu ianya boleh difungsikan secara automatik mengikut rekaan sesuatu litar.

3-7) Suis
Suis adalah alat yang digunakan untuk mengawal kuasa yang dibekalkan kepada sesuatu litar.

3-8) IC/Litar Bersepadu

IC atau Litar Bersepadu adalah juga komponen aktif dan separuh pengalir. Terdapat litar-litar yang kecil dan besar didalam sesuatu IC bergantung kepada spesifikasi penggunaannya. Ia boleh dirujuk melalui nombornya yang boleh dimuatturun daripada laman web pengeluarnya. Sungguhpun terdapat litar-litar didalam IC namun kita masih perlu menyambung beberapa komponen lain untuk menggunakannya. Banyak projek elektronik boleh direka menggunakan IC jika kita merujuk kepada spesifikasinya.

3-9) PIC, Microcontroller(Mpu) dan Microcomputer(Mcu)
PIC, Microcontroller dan Microcomputer juga adalah IC namun ianya mesti diprogram untuk menggunakannya. Namun begitu terdapat penyambungan-penyambungan asas yang perlu dilakukan untuk menggunakan mereka. Program yang hendak digunakan kepada sesuatu MPU harus mengikut spesifikasi yang diberikan oleh pengeluarnya. Lebih penerangan akan diberikan jika terdapat projek yang menggunakan MPU nanti.

3-10) PCB/Papan Litar Bercetak
PCB atau Papan Litar Bercetak adalah papan yang digunakan untuk dipasangkan komponen kepadanya untuk memudahkan penyambungan sesuatu projek elektronik. Jika tiada PCB, maka komponen akan dipateri terus dari kaki ke kaki. Jika komponennya banyak, penyambungan akan menjadi susah dan tidak kemas. Penggunaan PCB menyelesaikan masalah ini. Pada masa dahulu PCB dibuat menggunakan kreativiti individu dengan melukis litar di PCB. Namun kini rekaan PCB hanya menggunakan perisian komputer dan ianya lebih mudah dan kemas.

* nota akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan