Asas

Apa itu Elektronik?

Elektronik adalah berkaitan dengan elektrik, namun melibatkan komponen-komponen yang lebih kecil. Lebih mudah ianya melibatkan komponen atau litar didalam sesuatu alatan yang menggunakan elektrik untuk beroperasi. Disini kita dapat membezakan diantara elektrik dan elektronik. Elektrik suatu sumber kuasa yang diperlukan. Elektronik suatu peralatan yang memerlukan sumber kuasa elektrik. Jadi tidak hairanlah mengapa elektrik dan elektronik diasingkan dalam pembelajaran.

Voltan dan Arus

Setiap alatan elektronik pasti memerlukan voltan dan arus untuk beroperasi. Voltan dan arus yang berlebihan akan merosakkan komponen elektronik manakala voltan dan arus yang tidak mencukupi tidak akan dapat menjalankan sesuatu litar elektronik. Apakah voltan dan arus? Voltan adalah pembawa arus, manakala arus adalah kuasa yang dibawa oleh voltan. Voltan disukat menggunakan unit Volt manakala arus disukat menggunakan unit Ampiar. Sebagai contoh mudah, sebuah lampu suluh, memerlukan bateri untuk dinyalakan. Bateri adalah sumber elektrik. Ia membekalkan voltan dan arus kepada mentol lampu suluh untuk menyala. Dapat kita lihat voltan yang dibekalkan oleh bateri jenis AA adalah 1.5 Volt dan arusnya adalah beberapa Mili Ampiar.

Komponen-komponen Elektronik

Sedikit info ringkas tentang komponen-komponen elektronik. Terdapat dua klasifikasi untuk komponen-komponen elektronik. Komponen pasif dan komponen aktif. Komponen pasif adalah komponen yang tidak memerlukan bekalan voltan untuk bekerja. Sebagai contoh perintang(resistor), kapasitor. Diod(diode) dan gegelung(coil). Manakala komponen aktif pula adalah komponen yang perlu dibekalkan voltan untuk bekerja. Sebagai contoh Litar Bersepadu(IC), Transistor, Kristal dan LED. Informasi tentang komponen-komponen elektronik diterangkan dengan lebih terperinci dimukasurat "Komponen".

Litar

Litar adalah penyambungan komponen-komponen elektronik diantara satu sama lain mengikut keperluan sesuatu tugas. Sebagai contoh penyambungan diantara bateri dan mentol pada lampu suluh. Sambungan yang betul akan membolehkan mentol lampu suluh menyala dan tidak merosakkannya. Ia adalah sebuah litar yang ringkas. Litar yang lebih rumit terdapat pada peralatan elektrik dirumah sebagai contoh televisyen, komputer dan lain-lain lagi. Rekaan dan penyambungan sesuatu litar yang baik adalah penting untuk memastikan projek berfungsi dengan baik dan mempunyai kepanjangan hayat komponen yang sepatutnya. Penerangan tentang litar akan lebih diperincikan dimukasurat "Litar" dan juga didalam projek-projek elektronik yang akan datang.

Simbol

Untuk memudahkan melukis sesuatu litar elektronik, simbol-simbol komponen dan penyambungan telah diwujudkan. Jadi, perekacipta projek elektronik hanya perlu melukis penyambungan komponen elektronik di litar skema sahaja tanpa perlu melukis gambar komponen. Pembacaan litar skema menjadi lebih mudah jika semua simbol-simbol komponen dan penyambungan dipelajari dan diingati. Simbol-simbol komponen elektronik boleh dilihat dimukasurat "Komponen". Ianya akan dikemas kini dari masa kesemasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan