20 Mei 2013

Nilai-nilai Standard Resistor/Perintang

Resistor atau perintang mempunyai nilai-nilai standard yang telah ditetapkan. Nilai-nilai standard itu pula diletakkan didalam beberapa siri. Sebagai contoh siri E12 terdapat dua belas nilai resistor. Kebiasaan hanya terdapat siri E12 dan E24 (dua puluh empat nilai) sahaja yang mudah dibeli dikedai-kedai elektronik. 

Dapat dilihat, untuk nilai yang lebih tinggi, cuma darabkan sahaja mengikut pendarab sama ada x10, x100, x1000, x10000, x100000 dan x1000000. Sebagai contoh 10 ohm, 100 ohm, 1000 ohm(1k), 10000 ohm(10k), 100000 ohm(100k) dan 1000000 ohm(1M).

Hanya itulah nilai resistor standard yang boleh didapati. Siri lain yang ada adalah E6, E48, E96 dan E192. Tetapi siri ini biasanya hanya untuk litar-litar tertentu dan istimewa yang jarang digunakan untuk kegunaan komersil.

Mendapatkan Nilai Resistor Yang Tiada Dalam Nilai Standard

Bagaimana hendak mendapatkan nilai resistor yang tiada dalam nilai standard?
Sebagai contoh, kita perlukan resistor bernilai 1.4 kilo ohm. 1.4 kilo ohm tiada dalam nilai standard. Oleh itu nilai yang perlu digunakan adalah 1.2 kilo ohm dan 200 ohm dipasang bersiri. Ataupun 1.2 kilo ohm, 100 ohm dan 100 ohm dipasang bersiri.


18 Mei 2013

LED Flasher

Hari tu ada terjumpa litar LED Flasher online. Rasa macam dah pernah buat projek tu. Tapi rasa macam ada masa terluang, menggunakan komponen yang biasanya boleh dibeli dimana-mana kedai elektronik, saya pun cuba la buat. Projek simple je, led flasher macam lampu kapal terbang tu. Kat bawah ni gambar litarnya yang saya lukis semula.
Kalau nak litar dia dalam format Microsoft excel atau Libre office, boleh minta saya poskan di emel meorbu@gmail.com. Biasanya saya melukis litar menggunakan format excel supaya ramai orang boleh melihatnya tanpa perlu menggunakan software lukisan elektronik. Dibawah adalah gambar litar yang sudah siap dipasang. Hanya menggunakan papan litar Stripeboard.
Menggunakan papan litar Stripeboard akan menjimatkan masa daripada membuat litar bercetak untuk litar-litar elektronik yang ringkas dan kurang komponen. Dibawah adalah video bagaimana lampu led itu berkelip-kelip.
Jika berminat bolehlah cuba membuatnya. Selamat mencuba.

12 Mei 2013

Solder IC LSI

Kali ini saya ingin berkongsi video bagaimana cara untuk memateri (solder) IC LSI. Dalam kaedah ini kita tidak akan menggunakan flux. Hanya menggunakan solder lead. Saksikan video disini.




13 Mei 2012

Page komponen di kemaskini

Page komponen telah dikemaskini dengan menambahkan beberapa info. Ia akan terus dikemaskini dari semasa ke semasa. InsyaAllah.

31 Mac 2012

Blog Elektronik Malaysia dikemaskini kembali.

Mengemaskini kembali Blog Elektronik Malaysia. Semoga info yang diberikan dapat dimanfaatkan oleh pengunjung. Sasaran adalah kepada pelajar namun kepada pembaca yang ingin mengetahui serba sedikit tentang elektronik juga dialu-alukan. Penerangan yang akan diberikan adalah seringkas-ringkasnya semoga mudah difahami. Selamat membaca.

28 Oktober 2009

Kod Warna Resistor

Nilai resistor dipaparkan menggunakan kod warna. Berikut adalah contoh kod warna dan pengiraannya.

Sehingga kini kod warna ini masih digunakan untuk menunjukkan nilai sesuatu resistor.
Namun begitu, untuk perindustrian, saiz resistor dibuat bergantung kepada kuasa yang digunakan didalam sesuatu litar. Oleh itu resistor berbentuk chip dibuat. Nilai resistor berbentuk chip hanya dipaparkan menggunakan nombor sahaja. Namun cara membaca nilainya adalah sama seperti resistor dengan kod warna cuma hanya tiga nombor diletakkan. Nombor ketiga bertindak sebagai pendarab.

24 Oktober 2009

Perintang / Resistor

Pertama sekali kita akan bincangkan tentang perintang ataupun lebih dikenali sebagai resistor. Apakah resistor dan kegunaannya? Resistor adalah komponen elektronik yang paling utama sekali kerana setiap litar elektronik mesti ada resistor. Apakah fungsi ataupun tugas resistor ini didalam sesuatu litar? Pasti kita pernah diajar ataupun membaca bahawa resistor berfungsi sebagai pembahagi voltan dan arus. Adakah kita betul-betul faham akan fungsi resistor ini sebagai pembahagi voltan dan arus? Mari saya terangkan.

Resistor sebagai pembahagi voltan dan arus

Sebagai contoh, kita mempunyai punca voltan DC 12 volt. Kemudian kita ingin menyalakan lampu LED yang menyala dengan voltan 2 volt. Kita perlu menggunakan resistor untuk membahagikan voltan dan arus kepada LED sebanyak 2 volt. Telah ditetapkan bahawa lampu LED memerlukan arus sebanyak 10 miliamp untuk menyala. Maka nilai resistor yang diperlukan perlu dikira seperti berikut, 12 volt tolak 2 volt dapat 10 volt. Kemudian 10 volt dibahagi dengan arus 10 miliamp, kita dapat 1 kilo ohm. Jadi kita memerlukan resistor bernilai 1 kilo ohm sebagai pembahagi voltan dan arus. Resistor bernilai 1 kilo ohm perlu disambung bersiri dengan lampu LED untuk menyalakannya.

Pos yang akan datang saya akan menerangkan bagaimanakah nilai resistor dipaparkan.

23 Oktober 2009

Komponen Elektronik

Mari kita tengok apakah komponen-komponen elektronik yang biasa digunakan dan dicari oleh ahli-ahli elektronik. Bagi komponen yang biasa ataupun mesti ada didalam setiap litar elektronik ialah Resistor(Perintang), Kapasitor, Transistor dan IC. Empat komponen ini adalah asas yang biasa digunakan pada setiap projek elektronik. Antara komponen-komponen lain yang agak biasa juga digunakan adalah Diode, Coil, Transformer, LED, Relay dan Sensor. Saya akan menerangkan satu persatu fungsi setiap komponen ini di pos yang akan datang.

19 Oktober 2009

Pengenalan

Diharapkan blog ini akan membantu sesiapa yang berkaitan dengan litar elektronik untuk mendapatkan bahan-bahan yang diperlukan. Blog ini juga akan menerangkan serba sedikit tentang fungsi asas barangan elektronik dan juga pautan-pautan ke laman web yang berkaitan dengan elektronik. Nantikan di posting yang akan datang.